Wednesday, January 9, 2013

Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan 4 MRSM Tahun 2013


Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan 4 MRSM Tahun 2013

on JANUARY 9, 2013
Makluman buat pelajar tahun enam (6) 2012 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM IGCSE dan Ulul Albab SAHAJA, keputusan kemasukan akan dimaklumkan melalui mySMS DAPAT 15888 bermula pada 8 Januari 2013.

Manakala, semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM Program Biasa tahun 2013 akan dikeluarkan pada awal bulan Februari 2013


Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan)Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.


* Entri ini akan dikemaskini untuk memberikan direct link bagi semakan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM Biasa. Harap maklum.


Sumber http://www.ciklaili.com/2013/01/semakan-keputusan-kemasukan-ke.html#ixzz2HUm7rMnP
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook