Tuesday, December 13, 2011

Pengenalan kapada perakaunan kos




KONSEP KOS
  • Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
  • Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
  • Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
  • Atau disebut sebagai kos malar.
  • Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
  • Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
  • Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
  • Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
  • Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
  • Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
  • Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
  • Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
  • Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.
ELEMEN PENGELUARAN
  •  Kos
    • Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
    • Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah
    • Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.
  • Kos buruh langsung
    • Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
    • Contoh; gaji kilang, upah kilang.
  • Belanja Langsung
    • Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
    • Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.
  • Kos Prima
    • Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.
    • Kos Overhed
      • Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).
      • Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.
      • Contoh;
        a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.
        b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.
        c. Sewa kilang.
        d. Sewa loji dan mesin.
        e. Susut nilai loji dan mesin.
        f. Insurans kilang.
        g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.
        h. Alat-alat kecil - perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).
  • Kerja Dalam Proses
    • Atau dikenali disebagai barang separuh siap.
    • Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.
    • Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.
    • Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.






ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG
Analisis tentang perhubungan antara KOS, VOLUM (kuantiti jualan) dan UNTUNG bagi sesuatu operasi
atau aktiviti pengeluaran sesebuah syarikat.

Formula:
  • UNTUNG / (RUGI) = HASIL JUALAN -JUMLAH KOS
  • JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAH
  • HASIL JUALAN = BILANGAN UNIT DIJUAL X HARGA JUALAN SEUNIT
  • KOS BERUBAH = BILANGAN UNIT DIJUAL X KOS BERUBAH SEUNIT
TITIK PULANG MODAL, TPM
  
 • Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos.

 • Volum pengeluaran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi (Untung adalah SIFAR)
 • Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung kos.

Formula:
  • JUMLAH HASIL JUALAN - JUMLAH KOS = 0
  • JUMLAH HASIL JUALAN = JUMLAH KOS
Kaedah / Cara menghitung TPM





Kegunaan Titik Pulang Modal
  • Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
  • Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
  • Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.
  • Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.
    • merendahkan titik pulang modal dengan;
      • Meningkatkan harga jualan.
      • Mengurangkan kos tetap.
      • Mengurangkan kos berubah seunit.
Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal
        a. Kesan ke atas TPM jika;
    • Kos tetap berubah
      • Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.
      • TPM berubah secara langsung dengan kos tetap
    • Kos berubah seunit berubah
      • Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan sebaliknya.
      •  Harga jualan seunit berubah
      • Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.
    • Harga jualan seunit berubah
      • Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment